Sunday, November 13, 2011

JUDUL KARYA DALAM ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN TINGKATAN 3 2012



Mulai sesi persekolahan 2012, murid tingkatan 3 di seluruh negara akan menggunakan teks antologi KOMSAS yang baharu berjudul Harga Sebuah Lukisan sebagai kumpulan pertama menghadapi PMR 2012. Cuma yang berbeza bilangan karya sastera pelbagai genre tingkatan 3 sebanyak 23 sahaja (kurang satu karya genre cerpen). Berikut disenaraikan judul karya yang dimuatkan dalam antologi tersebut:
JUDUL KARYA DALAM ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN
MENGIKUT GENRE
Bil
Jenis Genre
Antologi
Harga Sebuah Lukisan
1
Puisi tradisional
· Pantun Empat Kerat (Muafakat)
· Pantun Nasihat (Bersatu hati)
· Pantun Berkait (Bekerja)
· Syair Panduan Untuk Para Remaja
· Syair Berbuat Jasa
· Syair li-Attar Gaib
2
Sajak
· Fragmen Sebuah Kehidupan
· Kata-kata
· Keusangan Budaya
· Seorang Insan Istimewa
· Pesan Buat Anak-anak Merdeka
· Rumput
3
Prosa Tradisional
· Hikayat Seri Kelantan
· Hikayat Patani
· Hikayat Marakarma
· Kuda Janggi Gerdana
4
Cerpen
· Mutiara Bonda
· Segala Yang Tercinta Ada Di Sana
· Harga Sebuah Lukisan
· Budi Semangkuk Daging
· Mencari Nafas Baru
5
Drama
· Sebuah Perjuangan
· Cabaran
Jumlah Karya
23
Jadual A


GENRE NOVEL TINGKATAN 3 MENGIKUT ZON
Mulai sesi persekolahan 2012, murid di seluruh negara akan menggunakan teks novel yang baharu mengikut zon tetapi bilangan novel yang terpilih sebanyak tiga buah sahaja berbanding empat buah novel semasa di tingkatan 1 dan 2. Berikut disenaraikan novel yang ditetapkan mengikut zon:

GENRE NOVEL MENGIKUT ZON YANG DITETAPKAN
Zon
Negeri-negeri yang terlibat
Judul Novel Tingkatan 3
1
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kelantan
6:20
(Siti Jasmina Ibrahim)
2
Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang
Merenang Gelora
(Ruslan Ngah)
3
Johor, Sabah, Sarawak dan WP Labuan
Cempaka Putih Untukmu
(Rohani Deraman)
Jadual B

Monday, October 3, 2011

FOKUS KARANGAN 2011


SOALAN RAMALAN KARANGAN PMR BAHASA MALAYSIA 2011
Fokus tajuk tentang tema

1. Pengangkutan awam ( kemalangan, kesesakan, punca, langkah dan kesan dll)
2. Kecemerlangan pelajar ( fokus JERI, kokurikulum, kurikulum, dll )
3. Masalah sosial (buang bayi, budaya lepak, ponteng sekolah, rokok, punca, langkah, kesan)
4. Keluarga ( bahagia, impian, dll )
5. Perpaduan ( langkah, kesan dll )


FOKUS PMR 2011

Teknik Plot:

1.      Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
2.      Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:
(a)    Imbas kembali
1.      Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2.      Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
     (b)    Imbas muka
1.      Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2.      Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
     (c)    Saspens
1.      Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
    (d)    Konflik
1.      Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
2.      Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3.      Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
   (e)   Kejutan
1.      Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2.      Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
   (f)   Dialog
1.      Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
2.      Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.

Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka, Merdeka. Teknik plot yang digunakan oleh pengarang ialah teknik imbas kembali. Contohnya Kudin teringat bagaimana cita-citanya untuk menjadi seorang pelajar tidak tercapai kerana zaman pendudukan Jepun. Kudin juga teringat tarikh Persatuan Pahlawan Kemerdekaan dihidupkan semula kira-kira sebulan lepas.
Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik imbas muka. Contohnya, Kudin membayangkan jika musuh dapat menguasai jambatan dan mematahkan pertahanan serta memusnahkan kubu-kubu, bererti Kampung Teras Jernang akan jatuh ke tangan pengganas.
Teknik pemerian, contohnya pengarang mengisahkan latar masyarakat di Kampung Teras Jernang iaitu sentiasa diancam oleh pengganas, pekerjaan penduduk Kampung Teras Jernang seperti penoreh getah, pesawah dan mengawal kampung menurut giliran.

FOKUS PMR 2011


Fokus Novel PMR 2011 - Keistimewaan watak
Soalan:
Setiap watak yang terdapat dalam sesebuah novel mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan berdasarkan salah satu novel yang anda kaji, huraikan satu watak yang begitu istimewa kepada anda. Nyatakan alasan anda memilih watak tersebut.

Aku Anak Timur
- Zarina ialah seorang remaja yang tinggi semangat patriotiknya.
- Seorang yang berani dan pandai menjaga keselamatan diri semasa berada di tempat orang.
- Seorang yang pandai bergaul dan dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang berlainan bangsa, agama, dan budaya.


Merdeka! Merdeka!
- Kudin seorang remaja yang hebat kerana mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
- Beliau memiliki kehebatan berpidato sehingga dapat menarik minat orang yang mendengar.
- Beliau memiliki sifat kepemimpinan yang tinggi dan dapat menjadi wakil ke perhimpuan di Kuala Lumpur.