Thursday, September 29, 2011

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN6


Soalan 6

Pilih satu watak sampingan dalam novel yang anda kaji, kemudian huraikan tiga sifat positif yang ada pada watak tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2.

Kapten Hassan Wira Bangsa - Penghulu Ismail
1. Bertanggungjawab - Sebagai seorang datuk yang bertanggungjawab, beliau telah mengambil Hassan daripada jagaan ayahnya kerana ayahnya tidak dapat menjaga Hassan dengan baik setelah kematian ibunya. Penghulu Ismail telah menjaga Hassan dengan penuh kasih sayang.

2. Mementingkan ilmu - Walaupun beliau tidak membenarkan Hassan belajar di sekolah Inggeris, beliau tetap mengutamakan ilmu. Hassan dihantar belajar di sekolah pondok untuk mempelajari ilmu agama. Hassan juga digalakkan belajar ilmu mempertahankan diri.

3. Rajin - Penghulu Ismail mengamalkan sikap rajin dan berbudi kepada tanah. Beliau begitu rajin bercucuk tanam di atas tanah pemberian pihak Jepun, iaitu dengan menanam padi, ubi, keladi dan sebagainya.

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN5


Soalan 5
Berdasarkan satu daripada.novel di atas, huraikan tiga persoalan serta contoh yang sesuai daripada novel tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2.

Kapten Hassan Wira Bangsa
1. Tanggungjawab mempertahankan negara - Hassan sanggup menyertai pasukan tentera kerana ingin membela agama dan bangsa daripada dijajah oleh bangsa asing.

2. Kepentingan menuntut iltnu - Hassan begitu tekun belajar sehingga darjah lima dan ingin menyambung pelajaran di sekolah Inggeris. Walaupun hasratnya tidak kesampaian, namun dia tetap meneruskan pelajarannya dalam jurusan agama demi mempertingkatkan ilmu dalam dirinya.

3. Kekejaman pasukan Bintang Tiga - Pasukan Bintang Tiga bertindak ganas terhadap orangorang kampung. Ramai orang yang tidak bersalah telah dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada mereka. Isteri Hassan, ibu menlua dan anak saudara isterinya telah dibunuh dengan kejam oleh Kumpulan Bintang Tiga semata-mata kerana mereka tidak mahu menyerahkan barang-barang yang dikehendaki oleh mereka.

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN4


Soalan 4
Nyatakan empat latar tempat berserta contoh peristiwa yang berlaku dalam novel yang anda kaji, iaitu dua latar tempat berserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 1 dan dua latar tempat berserta contoh peristiwa daripada sebuah novel Tingkatan 2.

Aku Anak Timur
1. Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
- Zarina, ibu dan adiknya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Mereka hendak pergi ke Belanda untuk mengunjungi Encik Ali, iaitu ayah Zarina yang bertugas di Universiti Leiden.

2. Rumah kawan Niek Van Hoeve di Belanda
- Zarina yang berasa bosan kerana duduk di rumah telah mengikut Niek Van Hoeve pergi kerumah rakan Niek untuk menghadiri majlis hari jadi. Di situ, Zarin.a melihat pergaulan bebas anak-anak muda di luar negara. Mereka merokok dan minum minuman keras. Zarina mengambil keputusan untuk melarikan diri.

Kapten Hassan Wira Bangsa
1. Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Negeri Sembilan
- Hassan melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. atas kehendak datuknya, Penghulu Ismail walaupun dia sebenarnya bercita-cita unluk menyambung pelajaran di sekolah Inggeris.

2. Hutan Pahang
- Pasukan pimpinan Sarjan Hassan telah membuat serangan hendap terhadap pasukan komunis yang sedang b.erkhemah di kawasan hutan Pahang. Dalam serangan itu, empat orang pengganas komunis berjaya ditembak mati.

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN3


Soalan 3
Berdasarkan novel yang anda kaji, Huraikan peleraian cerita dalam novel tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang anda kaji dalam Tingkatan 3.

Merdeka! Merdeka!

1. Walaupun Inggeris berkeras mahu mengisytiharkan Malayan Union dan mahu melantik Edward Gent sebagai Gabenor, pada 1 April 1946 satu perhimpunan besar-besaran lelah dibuat oleh orang-orang Melayu untuk menolak Malayan Union. Datuk Onn telah bemsaha meyakinkan Raja-Raja Melayu agar tidak menghadiri majlis perasmian Malayan Union. Akhirnya Raja-Raja Melayu sepakat menolak Malayan Union.

2. Datuk Onn telah menyeru dan memberikan kata-kata semangat kepada orang-orang Melayu agar
terus berjuang.demi tanah air. Laungan 'Merdeka!' benar-benar menyemarakkan semangat patriotik dalam jiwa anak bangsa. Kudin terharu apabila menyaksikan perisliwa bersejarah negara Itu.

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN2


Soalan 2
kita hendaklah berani melakukan sesuatu perkara demi melaksanakan sesuatu tugas Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan dua contoh sifat berani yang ditunjukkan oleh watak-watak dalam novel yang anda kaji.

Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Hassan bertindak berani untuk membebaskan datuknya, Penghulu Haji Ismail yang telah ditangkap oleh Kumpulan Bintang Tiga. Hassan ditemani bapa saudaranya serta penduduk kampung berbasikal ke Pekan Pantai untuk menyiasat kejadian yang menimpa datuknya. Apabila sampai ke tempat tersebut, Hassan telah meluru ke kereta tempat datuknya diikat, tetapi berjaya dihalang oleh orang ramai. Walaupun Hassan tidak berjaya membebaskan datuknya, dia bertekad untuk menegakkan keadilan.

2. Hassan dan rakan-rakannya ,yang bertugas dalam Platun 12 diarahkan melakukan serbuan terhadap segerombolan komunis di kawasan Sungai Temenggur. Hassan dan anggota Platun 12 dengan beraninya .telah ..{tierentasi... Sungai Temenggur dengan pantas walaupun dihujani tembakan pengganas komunis sehinggalah mereka sampai di tebing sungai.

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN



Soalan 1

1.    Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)
2.    Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari)
3.    Merdeka! Merdeka! (A Rahman Hanafiah)

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar masa. Bagi setiap latar masa tersebut, berikan contoh peristiwa yang berlaku.

Kapten Hassan Wira Bangsa

1. Awal tahun 1942 - Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Jepun telah mengarahkan belia-belia Melayu untuk menyertai perkhidmatan tentera Jepun yang dinamakan pasukan aiho dan oabang.
Mereka juga dikehendaki menyertai pasukan polis Jepun yang dikenali sebagai kabotai. Jepun berbuat demikian untuk membantu menjaga keselamatan dan keamanan Tanah Melayu.

2. 14 Ogos 1945 - Jepun menyerah kalah tanpa syarat kepada Tentera Berikat. Tempoh 14 hari sebelum kedatangan Inggeris telah digunakan oleh Kumpulan Bintang Tiga untuk mentadbir beberapa buah bandar di Tanah Melayu dengan penuh kekejaman.

3. 16 November 1953 - Pasukan yang diketuai oleh Sarjan Hassan telah membuat serang hendap ke atas kawasan perkhemahan sementara pasukan komunis di hutan Pahang. Dalam serangan itu, pasukan Sarjan Hassan berjaya membunuh empat orang pengganas komunis.