Monday, October 3, 2011

FOKUS KARANGAN 2011


SOALAN RAMALAN KARANGAN PMR BAHASA MALAYSIA 2011
Fokus tajuk tentang tema

1. Pengangkutan awam ( kemalangan, kesesakan, punca, langkah dan kesan dll)
2. Kecemerlangan pelajar ( fokus JERI, kokurikulum, kurikulum, dll )
3. Masalah sosial (buang bayi, budaya lepak, ponteng sekolah, rokok, punca, langkah, kesan)
4. Keluarga ( bahagia, impian, dll )
5. Perpaduan ( langkah, kesan dll )


FOKUS PMR 2011

Teknik Plot:

1.      Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
2.      Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:
(a)    Imbas kembali
1.      Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2.      Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
     (b)    Imbas muka
1.      Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2.      Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
     (c)    Saspens
1.      Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
    (d)    Konflik
1.      Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
2.      Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3.      Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
   (e)   Kejutan
1.      Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2.      Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
   (f)   Dialog
1.      Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
2.      Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.

Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka, Merdeka. Teknik plot yang digunakan oleh pengarang ialah teknik imbas kembali. Contohnya Kudin teringat bagaimana cita-citanya untuk menjadi seorang pelajar tidak tercapai kerana zaman pendudukan Jepun. Kudin juga teringat tarikh Persatuan Pahlawan Kemerdekaan dihidupkan semula kira-kira sebulan lepas.
Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik imbas muka. Contohnya, Kudin membayangkan jika musuh dapat menguasai jambatan dan mematahkan pertahanan serta memusnahkan kubu-kubu, bererti Kampung Teras Jernang akan jatuh ke tangan pengganas.
Teknik pemerian, contohnya pengarang mengisahkan latar masyarakat di Kampung Teras Jernang iaitu sentiasa diancam oleh pengganas, pekerjaan penduduk Kampung Teras Jernang seperti penoreh getah, pesawah dan mengawal kampung menurut giliran.

FOKUS PMR 2011


Fokus Novel PMR 2011 - Keistimewaan watak
Soalan:
Setiap watak yang terdapat dalam sesebuah novel mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan berdasarkan salah satu novel yang anda kaji, huraikan satu watak yang begitu istimewa kepada anda. Nyatakan alasan anda memilih watak tersebut.

Aku Anak Timur
- Zarina ialah seorang remaja yang tinggi semangat patriotiknya.
- Seorang yang berani dan pandai menjaga keselamatan diri semasa berada di tempat orang.
- Seorang yang pandai bergaul dan dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang berlainan bangsa, agama, dan budaya.


Merdeka! Merdeka!
- Kudin seorang remaja yang hebat kerana mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
- Beliau memiliki kehebatan berpidato sehingga dapat menarik minat orang yang mendengar.
- Beliau memiliki sifat kepemimpinan yang tinggi dan dapat menjadi wakil ke perhimpuan di Kuala Lumpur.