Teknik Plot:
1.
Teknik
plot ialah cara pengarang
mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
2.
Antara
teknik plot termasuklah seperti
yang berikut:
(a)
Imbas kembali
1.
Imbas kembali merupakan
suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2.
Peristiwa itu boleh
diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau
monolog dalaman
(b) Imbas muka
1.
Imbas muka merupakan
cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu
peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita
berkenaan.
2.
Imbas muka dapat
mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c) Saspens
1.
Saspens atau ketegangan
ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau
perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku
selanjutnya.
(d) Konflik
1.
Konflik merupakan
pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
2.
Konflik boleh berlaku
secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara
watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3.
Konflik dapat juga
digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e) Kejutan
1.
Kejutan ialah perubahan
dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2.
Lazimnya, kesan yang
timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
(f)
Dialog
1.
Dialog merupakan
pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
2.
Melalui dialog antara
watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau
fikiran yang berkaitan dengan tema.
Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka, Merdeka. Teknik
plot yang digunakan oleh pengarang ialah teknik imbas kembali. Contohnya Kudin
teringat bagaimana cita-citanya untuk menjadi seorang pelajar tidak tercapai
kerana zaman pendudukan Jepun. Kudin juga teringat tarikh Persatuan Pahlawan
Kemerdekaan dihidupkan semula kira-kira sebulan lepas.
Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik imbas muka.
Contohnya, Kudin membayangkan jika musuh dapat menguasai jambatan dan
mematahkan pertahanan serta memusnahkan kubu-kubu, bererti Kampung Teras
Jernang akan jatuh ke tangan pengganas.
Teknik pemerian, contohnya pengarang mengisahkan latar
masyarakat di Kampung Teras Jernang iaitu sentiasa diancam oleh pengganas,
pekerjaan penduduk Kampung Teras Jernang seperti penoreh getah, pesawah dan
mengawal kampung menurut giliran.