Penulis
skrip: A. Ghaafar bin Ibrahim (AGI) / Abdul Ghafar bin Ibrahim
Profil AGI: Bekas guru SMK Khir Johari, Beranang,
Selangor. Berkelulusan sijil perguruan MPIK, BFA (Northen Illinois), MA
(Eastern Illinois). Berasal daripada keluarga seni, kemudian menjadi pensyarah
di UiTM dan UKM. AGI dekenali sebagai pelopor konsep 3V: verbal-vokal-visual
untuk tujuan deklemasi puisi beliau di serata dunia. AGI menghasilkan
puluhan karya penulisan dan lukisan yang bernilai tinggi.
Sumber rujukan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 126 - 140
Bilangan babak: 6
Watak: Yahya (Ketrua Pemuda)
: Mariah (isteri Yahya)
: Firdaus (pemimpin belia / penyokong Yahya)
: Hani (adik Firdaus / penyokong Yahya)
: Encik Osman (ahli parlimen)
: Zainal (rakan Yahya / mementingkan diri)
: Husin (belia yang pesimis)
Latar tempat: rumah Yahya
: rumah Firdaus
: balai raya
Latar masa: malam / selepas makan malam
: petang
Sinopsis Drama
I
Selepas makan malam di rumahnya, Yahya membuka bicara dengan
membangkitkan angin perubahan yang menandakan masyarakat sedang berhadapan
dengan cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Firdaus berpendapat mesti ada
pejuang yang tidak banyak bercakap, manakala Hani kesal akan sikap bersidai di
kedai kopi. Husin bersetuju bahawa tentang keperluan belajar berniaga, tetapi
Zainal mencemuh "orang kita" yang cuma kaya cita-cita. Mariah
mencadangkan perniagaan kecil-kecilan, tetapi Hani hairan Haji Dollah peruncit
masih di takuk lama. Firdaus menyebut tentang masalah hutang, manakala Yahya
membangkitkan sikap manja. Zainal membidas kritik yang dilemparkan dan mahu
menjaga perut sendiri sahaja, malah menganggap dirinya tidak salah. Dia
menganggap masyarakat sebagai beku. Husin turut membidas Zainal yang enggan
menerima prinsip kemanusiaan yang dianggapnya pura-pura.
II
Setelah tetamu pulang, tinggal Yahya dan isterinya Mariah
menyambung perbualan. Yahya berpendapat bahawa percakapan orang muda seperti
Zainal dan Husin tidak bernas. Dia mahu masyarakat keluar daripada kemunduran
ekonomi dan pelajaran. Mariah membangkitkan semula soal wang, lalu Yahya
menyatakan hasrat untuk menubuhkan tabung pelajaran di kampung mereka. Kelas
kepimpinan dan syarikat kerjasama perlu dimulakan supaya mereka tidak terus
ditindas. Yahya begitu yakin.
III
Sementara itu, Firdaus dan adiknya menyambung perbualan di
rumah mereka sendiri. Hani kesal melihat anak-anak muda yang melepak di tepi
tembok. Firdaus menyalahkan masyarakat yang beku, termasuk mereka berdua,
sebagai punca. Keberanian mengakui kelemahan diri ialah jalan menuju kemajuan.
Kerjasama boleh menggantikan modal kewangan. Apabila Hani mengatakan tentang
cakap senang, Firdaus tegas membalas bahawa perancangan bermula dengan cakap
dahulu. Hani mengingatkan bahawa semangat mesti diikuti oleh tenaga, usaha dan
daya utama.
IV
Di rumahnya sendiri, Yahya bersendirian bermonolog. Dia
bercakap tentang Encik Osman, ahli parlimen yang sudah lupa balik kawasan untuk
menunaikan janji pilihan raya. Dahulu semasa berkempen, pidato sahaja yang
berapi-api. Kini di parlimen, sibuk dengan pantun pula. Yahya berasa Encik
Osman tidak ikhlas. Semasa kempen (imbas kembali), Encik Osman kononnya sanggup
berkorban harta dan nyawa demi membantu orang kampung keluar daripada
kemiskinan. Surat Encik Osman di tangan Yahya yang bersulam janji manis
disifatkan oleh Yahya sebagai dusta. Yahya mahu wakli rakyat melaksanakan
tanggungjawab, serta tidak menganggap pengundi sebagi tangga sahaja.
V
Di balai raya hanya pemuda yang berbual. Sambil merujuk
rencana akhbar, Yahya bersetuju bahawa masyarakat mesti digalakkan menceburi
bidang perusahaan. Zainal mencelah bahawa masyarakat kita tidak layak berniaga
dan berhujah tentang Syarikat Kilang Padi yang baru ditutup. Firdaus segera
membidas Zainal sebagai oportunis sama seperti Encik Osman yang cepat gelap
mata melesapkan wang syarikat. Firdaus mahu orang Melayu lebih agresif, tetapi
Husin bimbang adat resam dan budi bahasa orang Melayu tergadai. Firdaus
menjelaskan tentang ajaran Islam dan ciri dinamik dan progresif generasi
baharu. Yahya menambah tentang ciri keras kepala dan menolak sikap tidak apa.
Firdaus dan Husin mahu mereka mencontohi usaha Nabi Muhammad SAW yang membawa
alam cerah ke Tanah Arab. Semua sekali bersetuju, kecuali Zainal yang masih bermenung.
VI
Di rumah Yahya, enam sahabat itu merayakan kejayaan
rancangan persatuan mereka yang tersiar di akhbar. Keberanian menuntut hak,
muafakat dan perpaduan ialah kunci kemenangan. Zainal mula faham keperluan
berani bersuara demi melahirkan angkatan baharu yang maju.
Perwatakan: tegas / teguh pendirian / istiqamah / asertif
: berani / berpandangan jauh /berwawasan / bersikap terbuka
: yakin diri / optimistik / berfikiran positif
: peka / prihatin / ambil berat
: mementingkan diri sendiri
: pura-pura / hipokrit / bermuka-muka
Latar masyarakat: masyarakat yang tegas / teguh pendirian / istiqamah / asertif
: masyarakat yang berani / berpandangan jauh / berwawasan / bersikap terbuka
: masyarakat yang yakin diri / optimistik / berfikiran positif
: masyarakat yang peka / prihatin / ambil berat
: masyarakat yang mementingkan diri sendiri
: masyarakat yang berpura-pura / hipokrit / bermuka-muka
Nilai murni: ketegasan / keteguhan pendirian
: keberanian
: keyakinan
: kepekaan / keprihatinan
: keikhlasan / kejujuran
Persoalan: ketegasan / keteguhan pendirian dalam memberi hujah / pendapat / pandangan
: keberanian dalam menyuarakan hak / perjuangan
: keyakinan dalam menghadapi cabaran perubahan zaman / dan persekitaran
: kepekaan / keprihatinan terhadap kemajuan bangsa / masyarakat
: keikhlasan / kejujuran dalam menunaikan amanah / tanggungjawab / tugas / kepercayaan
Pengajaran: kita hendaklah tegas / teguh pendirian / istiqamah / asertif dalam memberi hujah / pendapat / pandangan
:
kita hendaklah berani / berpandangan jauh /berwawasan / bersikap terbuka
dalam menyatakan hak / perjuangan
: kita hendaklah
yakin diri / optimistik / berfikiran positif dalam menghadapi cabaran /
perubahan
: kita hendaklah peka / prihatin / ambil berat terhadap kemajuan bangsa / masyarakat
: kita janganlah mementingkan diri sendiri dalam hidup bermasyarakat
: kita janganlah berpura-pura / hipokrit / bermuka-muka dalam berjanji / bercakap / berkempen / menagih undi
kbkk: jasa pejuang bangsa / masyarakat
: cara-cara memupuk kesedaran tentang perpaduan masyarakat
: kita hendaklah peka / prihatin / ambil berat terhadap kemajuan bangsa / masyarakat
: kita janganlah mementingkan diri sendiri dalam hidup bermasyarakat
: kita janganlah berpura-pura / hipokrit / bermuka-muka dalam berjanji / bercakap / berkempen / menagih undi
kbkk: jasa pejuang bangsa / masyarakat
: cara-cara memupuk kesedaran tentang perpaduan masyarakat