Tajuk
/ tema karangan: Kehidupan Bermasyarakat
Fokus
karangan: Kepentingan / kebaikan
Format
karangan: Tiada (Pendapat/Perbincangan)
1.
PERENGGAN INTRODUKSI JENIS GABUNGAN
[Ayat Rangsangan]
Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah menekankan bahawa kehidupan bermasyarakat
merupakan satu ciri signifikan dalam kamus hidup rakyat Malaysia. [Ayat Huraian 1]
Malangnya, semangat kehidupan bermasyarakat dan nilai-nilai kemasyarakatan,
terutamanya konsep jiran
sepakat membawa berkat, dalam kalangan masyarakat kita semakin
terhakis. [Ayat Huraian 1]
Menurut beliau, mereka hidup berkonsepkan enau dalam belukar melepaskan pucuknya masing-masing.
[Ayat Huraian 2]
Saya memang menyetujui pandangan beliau kerana rakyat kita tidak merasakan diri
mereka bertanggungjawab untuk mengetahui keadaan sekitar rumah mereka sama ada
rumah jiran dimasuki pencuri, anak jiran menghidu gam, isteri jiran curang,
anak jiran menjadi mangsa penderaan ataupun anak gadis jiran lari dari rumah. [Ayat Arahan]
Jadi, langkah-langkah proaktif dan pragmatik haruslah diambil dalam usaha
menghidupsuburkan semangat kehidupan bermasyarakat sebelum kudis menjadi tokak.
2.
PERENGGAN ISI 2 (JENIS DEDUKTIF)
[Ayat Judul]
Kehidupan bermasyarakat, tidak dapat disangkal, dapat diamalkan menerusi semangat kejiranan.
[Pengembangan: Ayat Huraian 1]
Antaranya termasuklah amalan bertegur sapa sesama jiran, meluangkan masa untuk
bertandang ke rumah jiran, menghulurkan bantuan kepada jiran, aktiviti
bergotong-royong seperti berderau, perkelahan keluarga, dan aktiviti riadah. [Pengembangan: Ayat Huraian 2]Semangat
ini dapat menjalin persaudaraan, mewujudkan keharmonian, memupuk perpaduan, dan
melahirkan masyarakat yang prihatin. [Pengembangan:
Ayat Contoh 1]Apabila jiran tetangga ditimpa nasib malang,
seperti mangsa kebakaran, kita bukan sahaja perlu menyumbangkan wang ringgit
malah memberikan sokongan moral. Dengan ini, konsep berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul terpupuk
dalam lubuk kalbu masyarakat. [Pengembangan:
Ayat Contoh 2] Apabila tanah sawah diusahakan secara berderau,
kerja yang berat dapat diringankan bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Lebih-lebih lagi, bertandang ke rumah jiran tetangga
pada hari perayaan mahupun kenduri perkahwinan dapat menjalin tali persahabatan
yang erat. [Ayat Penyimpul]Dengan
erti kata lain, semangat kejiranan dalam pelbagai aspek kehidupan dapat
mewujudkan kehidupan bermasyarakat.
3.
PERENGGAN ISI 3 (JENIS DEDUKTIF)
[Ayat Judul]Sistem
hidup bermasyarakat juga dapat dihidupsuburkan melalui majlis-majlis sosial dan
perayaan. [Pengembangan:
Ayat Huraian 1] Kegiatan-kegiatan sosial dapat memupuk
konsep bulat air dek pembetung, bulat
manusia dek muafakat dan ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni dalam
kalangan penduduk setempat. [Pengembangan:
Ayat Huraian 2] Antara aktiviti kemasyarakatan yang menekankan
konsep hidup bermasyarakat termasuklah Hari Keluarga, Rumah Terbuka, dan
sebagainya. [Pengembangan: Ayat Huraian 3]
Dalam hal ini, masyarakat tidak seharusnya melibatkan ahli-ahli keluarga
sahaja, sebaliknya haruslah meluaskan skopnya dengan membabitkan seluruh
masyarakat setempat, sanak saudara, dan sahabat handai. [Pengembangan: Ayat ContohDalam
menjayakan majlis-majlis tersebut, semua anggota masyarakat berganding bahu
menyediakan juadah dan minuman, mendirikan tenda, dan menyusun atur kerusi meja
untuk tetamu. [Pengembangan:
Ayat Huraian 4] Dalam situasi inilah, rakyat dapat berinteraksi
dan berkomunikasi sekali gus mempererat tali silaturahim antara satu sama lain
tanpa mengira warna kulit, budaya, agama, adat, dan kepercayaan, di samping
memeriahkan suasana majlis ataupun perayaan lagi. [Ayat Penyimpul]
Pendek kata, aktiviti-aktiviti sosial perlu diperbanyak dan dipergiat demi
memupuk budaya bermasyarakat dalam kalangan warga desa mahupun warga bandar.
4.
PERENGGAN ISI 3 (JENIS DEDUKTIF)
[Ayat Judul]Selain
itu, budaya hidup bermasyarakat dapat dipupuk melalui didikan agama dan moral.
[Pengembangan: Ayat Huraian 1]
Dalam masyarakat Melayu tradisional, umpamanya, fungsi dan tanggungjawab jiran
dianggap penting dari segi agama. [Pengembangan:
Ayat Huraian 2] Hal ini demikian kerana agama menegaskan
keperluan yang dipikul bersama oleh semua anggota masyarakat bagi menunaikan
sesuatu ibadat. [Pengembangan:
Ayat Contoh] Ketika menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun Hari
Raya Korban, umat Islam menggembleng tenaga untuk menyembelih korban untuk
disedekahkan kepada fakir miskin. [Pengembangan:
Ayat Huraian 2] Dari perspektif yang lain pula, semangat
kejiranan dapat diterapkan melalui didikan moral. [Pengembangan: Ayat Huraian 2]
Dalam konteks ini, pihak sekolah memainkan peranan yang penting dalam memupuk
dan menyemaikan semangat bekerjasama dan bertolak ansur dalam kalangan warga
sekolah. [Pengembangan: Ayat Contoh]
Melalui kempen gotong-royong, warga sekolah bukan sahaja akan membantu
menceriakan pekarangan sekolah malah menjalin tali ukhuwah antara satu sama
lain. [Ayat Penyimpul]
Dengan ini, kehidupan bermasyarakat akan menjadi sebati atau menjadi darah
daging masyarakat kita.
5.
PERENGGAN INTIHA
[Ayat Kesimpulan]
Sebagai intiha, kehidupan bermasyarakat dapat menjadi realiti sekiranya
langkah-langkah yang dibincangkan dipraktikkan oleh segenap lapisan
masyarakat. [Ayat
Penilaian] Semangat
ini dapat mendorong terjalinnya hubungan baik antara kaum dan mewujudkan
integrasi kaum. [Ayat
Penilaian]Perpaduan kaum akan membolehkan rakyat Malaysia hidup
harmoni dan sejahtera, bak kata pepatah bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh.[Ayat Cadangan]Jadi, semua pihak sewajarnya
menjadikan kehidupan bermasyarakat sebagai agenda kehidupan demi menikmati
kebahagiaan, kemakmuran, keamanan, dan kemajuan. [Ayat Harapan 2]Dengan
ada kesedaran ini, bunga-bunga kesejahteraan, kegemilangan dan keharmonian akan
mekar di empat pojok di tanah tumpah darah kita.[Ayat Harapan 2]Tidak ketinggalan juga, konsep
1Malaysia dan Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan
bangsa-bangsa maju yang lain di persada antarabangsa.
DAPATAN:http://karanganspm.com
DAPATAN:http://karanganspm.com
Manfaat-manfaat kegiatan sosial karangan
ReplyDelete