Thursday, September 29, 2011

Bahagian D (Novel)



Teknik Menjawab

  -  Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan.
  -  Kemudian, rangka isi jawapan berdasarkan kehendak soalan.
  -  Jawapan mesti ditulis dalam bentuk perenggan.
         -  Jawapan dalam bentuk isi-isi penting atau nota ringkas
             tidak dibenarkan.
  -  Jawapan mesti ditulis dalam ayat yang lengkap.
  -  Setiap jawapan yang diberi mesti mengandungi sekurang- 
     kurangnya tiga isi.
  -  Setiap isi perlu dihuraikan dengan
          a.    Pernyataan
          b.    Huraian, dan
          c.    Contoh
  -  Panjang jawapan sekitar 80 hingga 120 patah perkataan.
  -  Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang
     dikaji mengikut zon masing-masing.
  -  Antara aspek yang disoal adalah dari aspek-aspek  
     sasteranya seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan,
      plot, latar, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran.
  -  Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada
     melakukan banyak kesalahan dari aspek tatabahasa dan
     ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam soalan  
     ini.
  -  Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi
     yang salah tidak akan ditolak markah, manakala isi yang   
     betul akan diberikan markah.

No comments:

Post a Comment