Thursday, September 29, 2011

CONTOH JAWAPAN BAHAGIAN D


Contoh Soalan:
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 1,Tingkiatan 2, atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.
            1.    Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)
            2.    Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari)
            3.    Merdeka! Merdeka! (A Rahman Hanafiah)

  Apakah yang dimaksudkan dengan teknik plot? Terangkan dua teknik plot yang digunakan dalam novel yang anda kaji.

Contoh Jawapan:

Novel yang saya kaji ialah Novel ______________________________karya _________________. Terdapat teknik plot dalam novel tersebut. Teknik plot bermaksud cara pengarang menulis sesebuah cerita. Antara teknik yang digunakan oleh pengarang adalah seperti teknik dialog iaitu ucapan atau kata-kata yang diucapkan oleh watak. Teknik pemerian pula disampaikan secara langsung oleh pengarang kepada pembaca dengan tujuan memberi gambaran sebenar. Teknik imbas kembali pula adalah penyusunan cerita yang meminta watak mengimbau kembali masa lalu dan hal ini memberi keyakinan kepada pembaca. Teknik lain ialah seperti teknik suspens, teknik monolog dalaman, teknik kejutan dan juga teknik imbas muka.
     Dua teknik plot yang digunakan dalam Novel _____________ ialah Teknik Monolog Dalaman dan Teknik Imbas Muka. Dalam novel ini Teknik Monolog dalaman yang digunakan adalah percakapan dalam diri watak utama iaitu _______. Percakapan ini dapat dilihat melalui gerak hati dan biasanya penggunaan monolog dalaman menggambarkan gejolak batin dan fikiran watak. Contohnya, ________________________________ _____________________________________ (contoh-contoh)
     Teknik imbas muka pula disampaikan melalui proses khayalan, mimpi, renungan, ramalan, kata-kata kiasan atau sindirian. Dalam novel ini teknik ini digunakan ketika _______________________________________________________________.Contohnya,___________________
_______________________________________________________________.(contoh-contoh)

     Demikianlah dua teknik plot yang terdapat dalam Novel ________________________________. Teknik tersebut memberikan kesan yang sungguh mendalam.

No comments:

Post a Comment