Thursday, September 29, 2011

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN6


Soalan 6

Pilih satu watak sampingan dalam novel yang anda kaji, kemudian huraikan tiga sifat positif yang ada pada watak tersebut. Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2.

Kapten Hassan Wira Bangsa - Penghulu Ismail
1. Bertanggungjawab - Sebagai seorang datuk yang bertanggungjawab, beliau telah mengambil Hassan daripada jagaan ayahnya kerana ayahnya tidak dapat menjaga Hassan dengan baik setelah kematian ibunya. Penghulu Ismail telah menjaga Hassan dengan penuh kasih sayang.

2. Mementingkan ilmu - Walaupun beliau tidak membenarkan Hassan belajar di sekolah Inggeris, beliau tetap mengutamakan ilmu. Hassan dihantar belajar di sekolah pondok untuk mempelajari ilmu agama. Hassan juga digalakkan belajar ilmu mempertahankan diri.

3. Rajin - Penghulu Ismail mengamalkan sikap rajin dan berbudi kepada tanah. Beliau begitu rajin bercucuk tanam di atas tanah pemberian pihak Jepun, iaitu dengan menanam padi, ubi, keladi dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment