Sunday, February 5, 2012

BAB 2 :“SELASA"


Watak utama / protagonis:  "Saya" / Sukma (pencerita / sudut pandangan orang pertama)
Watak lain:  lelaki "misteri" 30-an (Aim)
                :  ibu Sukma / Puan Delila
                :  Pak Rashid
                :  ayah Sukma / Haji Syaqir
                :  Teja
                :  Rafiq
             
Latar tempat:  rumah Sukma, kawasan rehat fakulti / kampus universiti

Latar masa:  awal pagi / 6.20 pagi / subuh; waktu rehat kuliah sebelah pagi

Ringkasan bab
Masih imbas kembali peristiwa dua minggu lepas. Tepat 6.20 pagi, seorang lelaki misteri bersila di hadapan pintu pagar. Ibu menahan Sukma daripada menjenguk, tetapi Sukma menyanggah. Namun, lelaki itu menghilang. Pak Rashid dan ayah Sukma nyata tidak tahu tentang lelaki itu. Ayah Sukma membuat andaian bahawa lelaki itu mungkin hendak berjumpa dengannya, tetapi pintu lambat dibuka. Sukma kemudian ke kampus berjumpa Teja di kawasan rehat fakulti. Mereka berbincang tentang prinsip kesatuan berdasarkan pemikiran Muahmmad Asad dalam buku The Road to Mecca. Apabila Teja mengatakan buku yang dia baca tidak begitu menarik, tetapi Sukma membalas bahawa kalau hendak menarik, isi buku mesti dibincangkan.

Tiba-tiba seorang pemuda (Rafiq yang melintas di hadapan rumah Sukma tempoh hari) menuju ke arah mereka berdua dan terus menyapa. Rafiq membitahu dia pelajar baharu dan berdarah campuran Melayu - Turki, tetapi menetap lama di Texas, Amerika Syarikat. Timbul rasa musykil dalam benak Sukma tentang tujuan Rafiq menawarkan persahabatan, sedangkan Teja yang suka mengusik orang melambai ke arah Rafiq yang berlalu. Apabila menyedari dirinya lepas laku, Teja meminta pendapat Sukma. Meraka sama-sama ketawa apabila Sukma mengingatkan supaya Rafiq tidak disoal macam pendatang asing...

Latar masyarakat;
Masyarakat pelajar universiti, masyarakat yang sentiasa waspada
Nilai murni:
Kepatuhan / ketaatan, kebijaksanaan, keberanian, kepekaan / keprihatinan
Persoalan:
·        keprihatinan seorang ibu tentang anak gadisnya
·        kepatuhan / ketaatan seorang anak terhadap ibu bapa
·        kebijaksanaan dalam berhujah
·        kefahaman tentang agama

Pengajaran:
·        kita hendaklah prihatin terhadap anggota keluarga
·        kita hendaklah patuh / taat terhadap ibu bapa
·        kita hendaklah menyayangi antara sesama masyarakat
·        kita hendaklah peka / prihatin terhadap masyarakat yang dalam kesusahan


kbkk:
·        peranan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan diri anak-anak
·        peranan masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain


No comments:

Post a Comment