Genre
sastera: prosa tradisional
Bahagian
petikan: Peperangan, Perkahwinan, dan
Pertabalan
Penyelenggara: Wahyunah binti Haji Abd. Ghani
Sumber
ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan,
muka surat 40 - 44
Teknik
penceritaan: bahasa berirama
Watak
utama: Maharaja Markarma
Watak
pembantu: Maharaja Indera Dewa / lawan
perang Marakarma
: Raja Mengindera Sari / adinda Marakarma
: Tuan Puteri Nila Cahaya / anak Maharaja
Indera Dewa / taruhan perang maharaja
: Tuan Puteri Cahaya Khairani / bekas tawanan
raksasa / diselamatkan oleh Marakarma / isteri Marakarma
: Raja Bujangga Indera / adinda Tuan Puteri
Cahaya Khairani
: Maharaja Malai Kisna / raja negeri Mercu
Indera / ayahanda TPC Khairani dan Bujangga
: Raja Dikar Agas Peri (menunjukkan kesaktian
memanah ke udara, turun permata ratna mutu maknikam)
Latar
tempat: medan perang / negeri hikmat
: negeri Anta Beranta / menerima pertabalan
Raja Bujangga Indera
: negeri Puspa Sari
: negeri Mercu Indera / menerima pertabalan
Maharaja Marakarma (ganti Maharaja Malai Kisna)
: negeri Pelanggam Cahaya / menerima pertabalan
Raja Mengindera Sari
Sinopsis
hikayat
Maharaja
Indera Dewa berang dengan kejayaan Marakarma membina negeri dengan kuasa
hikmat, lalu mengisytiharkan perang. Pertempuran bersemuka berlaku mengikut
darjat, misalnya menteri dengan menteri dan hulubalang dengan rakyat. Akhirnya,
Maharaja Indera Dewa tinggal seorang, lalu cuba diusir oleh Markarma, tetapi
dibalas dengan sindiran tajam. Maharaja Indera melepaskan anak panah tetapi
sipi. Kemudian, mereka bertarung kesaktian dan langsung bertikam. Marakarma
berjaya membunuh Maharaja Indera yang sempat berpesan menitipkan Tuan Puteri
Nila Cahaya yang manja kepada Marakarma. Melihat kedua-dua orang tuanya mati, Puteri
Nila cuba membunuh diri, tetapi dapat dihalang.
Isteri
Marakarma terkejut melihat adiknya yang sudah lama tidak ditemui, Raja Bujangga
Indera menghadap suaminya. Berita pertemuan dua beradik itu disampaikan kepada
ayahanda mereka, Maharaja Malai Kisna menerusi seorang hulubalang uang pantas
berjalan. Raja Bujangga Indera dijodohkan dengan Tuan Puteri Nilai Cahaya dan
dirajakan di negeri Anta Beranta. Pesta perkahwinan dan pertabalan itu memakan
masa 40 hari 40 malam.
Maharaja
Malai Kisna menerima menghadap hulubalang pantas berjalan dan mendengar bacaan
surat anakandanya, Raja Bujangga. Sejurus selepas itu, Marakarma, menantu
baginda pun tiba, lalu disambut denagn segala adat kebesaran istana. Pesta
memandikan TPC Khairani (sebagai tanda syukur penemuannya) dilangsungkan selama
40 hari 40 malam juga. Pesta menunjukkan kesaktian dan perarakan panca persada
tujuh tingkat untuk Marakarma dan TPC Khairani ialah antara upacara pertabalan
Maharaja Marakarma menggantikan kedudukan mertuanya itu. Sesudah itu, saban
tahun sekalian raja datang membawa bingkisan untuk Marakarma.
Tema: Mitos pertabalan raja-raja zaman dahulu
Perwatakan:
berani, memegang janji, menghargai jasa, penyayang
Nilai
murni: keberanian, menepati janji,
berterima kasih, kasih sayang
Persoalan: keberanian dalam menghadapi cabaran /
serangan musuh
: janji tetap ditunaikan / janji tidak pernah
dimungkiri
: membalas budi orang yang berjasa
: kasih sayang sesama keluarga
Pengajaran: kita hendaklah berani dalam menghadapi
cabaran kehidupan / ancaman musuh (pesaing)
: kita hendaklah menepati / menunaikan janji /
kita janganlah mungkir janji
: kita hendaklah membalas budi orang yang
berjasa
: kita hendaklah berkasih sayang sesama
keluarga
kbkk: kecekapan dalam pertempuran / persaingan
:
akhlak terhadap musuh / pesaing
No comments:
Post a Comment