Tema
Maruah dan jati diri
yang bertunjang kepada kebijaksanaan kata-kata (rujuk bahagian pengenalan
sajak, antologi Harga Sebuah Lukisan: muka surat 17).
Perbincangan rangkap
demi rangkap
Kalau kita dicerca dengan kata
jangan kita diam tak terkata.
Pertahankanlah maruah kita
lawan kata dengan kata.
Penyajak menggesa
supaya kita tidak membisu apabila menghadapi cercaan lisan. Sebaliknya, orang
yang dicerca harus melawan balik dengan kata. Maruah perlu dijaga dan
dipelihara.
Kalau mereka mengherdik dengan kata
carilah daya kata.
Kalah kita
jangan kerana putus kata.
Jika orang mengherdik
(bercakap dengan bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang dicerca harus
menyusun kekuatan kata untuk hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap kalah
kerana kelu untuk bersuara.
Ini martabat bangsa kita
ini kedaulatan negara kita
kita pelihara
dengan kepantasan kata daripada kepala.
Kita tidak boleh
membiarkan sahaja martabat bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu sahaja.
Kita mesti melindungi bangsa dan negara dengan hujah-hujah bernas
daripada minda yang hebat.
Kita merdeka bukan kerana senjata.
Kita merdeka kerana bijak kata.
Negara bebas daripada
belenggu penjajahan tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka justeru pemimpin
bijak di meja rundingan, dan rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air
tercinta.
Aduhai anakanda
Kalau hidup mahu terbela
pandailah mengucap kata.
Sebagai penutup
sajak, sekali lagi penyajak menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu
tidak diinjak dan ditindas (seperti lembu dicucuk hidung - peribahasa berkaitan),
maka kita harus pandai menggunakan kekuatan kata atau hujah yang bernas.
Pemilihan kata /
diksi
Rima akhir setiap
baris sajak sama, iaitu bunyi "a". Penggunaan kata-kata dalam sajak
begitu jelas dan mudah. Walaupun demikian, mesej yang hendak disampaikan begitu
dalam. Menerusi kata-kata yang bersahaja, penyajak mengajak pembaca berfikir
tentang jati diri dan maruah yang tiada galang ganti.
No comments:
Post a Comment