Penulis
Skrip Drama: Ab. Manaf bin Kamarudin
Sumber
ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan,
2011: muka surat 111 - 125
Bilangan
babak: 12
Bilangan
watak aktif / terlibat dalam kata bual :
4 orang
Watak
utama (protagonis) : Pangeran Syahbandar
Watak
penentang (antagonis): Jahul
Watak
pembantu / sampingan: Awang (orang kanan
Pangeran), Pegawai Inggeris
Watak
lain: penduduk kampung, polis-polis
Kompeni, polis Sikh (dari Perak), Sultan
Brunei
Latar
tempat: Sungai Padas, markas / pejabat
pegawai Inggeris, Kota Manggalela (kubu Pangeran)
Ringkasan
Babak demi Babak
Babak
1:
Pangeran
Syahbandar menyampaikan ucapan menegaskan Sungai Padas bukan jajahan British,
tetapi dikuasai oleh adik Tuanku Hashim Jalilul Alam. Penduduk kampung bebas
menjalankan kegiatan mencari rezeki tanpa takut. Dalam pada itu, mereka
dikehendaki membayar cukai berdasarkan kemampuan masing-masing.
Babak
II:
Tali
barut Inggeris, Jahul melaporkan perihal Pangeran kepada pegawai Inggeris.
Jahul juga membenarkan cakap pegawai Inggeris bahawa Sungai Padas termasuk
dalam perjanjian pajakan oleh Sultan Brunei. Sebagai ganjaran kesanggupan
membelot tanah air sendiri, Jahul diberi hadiah walaupun dia pura-pura menolak.
Babak
III:
Di
rumah, Pangeran Syahbandar marah kepada penjajah (kompeni durjana). Awang
membangkitkan tentang peranan tali barut menyebarkan dakyah hanya kerana gelap
mata dengan pujian dan sogokan penjajah. Pangeran membuat keputusan supaya
malam hari itu juga mereka bertindak.
Babak
IV:
Pasukan
Pangeran bertempur dengan sekumpulan pembelot (tali barut kompeni) dan menawan
mereka.
Babak
V:
Jahul
masuk ke pejabat pegawai Inggeris bagi melaporkan perkembangan tindakan
Pangeran terhadap "rakyat" (baca: tali barut, pengintip, musuh dalam
selimut) kompeni. Apabila Jahul mendesak tindakan balas, pegawai Inggeris
tertawa angkuh, sambil mahu membuat bantahan kepada Sultan Brunei.
Babak
VI:
Awang
memaklumkan titah Sultan Brunei supaya tawanan dibebaskan, tetapi Pangeran
enggan berganjak. Mereka nekad untuk menyerang markas kompeni Inggeris malam
esoknya.
Babak
VII:
Serangan
dilakukan. Pasukan Pangeran berjaya membunuh banyak polis kompeni dan markas
kompeni musnah.
Babak
VIII:
Jahul
berlagak sebagai batu api supaya kompeni segera bertindak menunjukkan kekuatan.
Pegawai Inggeris melabel paneran sebagai pemberontak. Dia memberitahu Jahul
bahawa Residen Inggeris telah membenarkan polis kompeni membuat serangan balas.
Babak
IX:
Pertempuran
berlaku. Pasukan Pangeran berjaya menyebabkan polis kompeni undur. Namun,
Pangeran mengingatkan Awang supaya tidak lalai, sebaliknya sentiasa waspada.
Dia menjangka bahawa Inggeris pasti datang lagi.
Babak
X:
Pegawai
Inggeris kagum dengan kebijaksanaan Pangeran membuat persediaan bagi menhan
serangan kompeni, tetapi Jahul mengatakan kompeni lebih bijak. Pegawai Inggeris
memberitahu serangan seterusnya mendapat bantuan polis Sikh dari perak dengan
senjata apai yang lebih lengkap.
Babak
XI:
Serangan
berlaku pada waktu malam dengan bedilan meriam. Awang cemas kerana pasukan
mereka hanya ada keris dan lembing. Namun, pangeran mahu terus berjuang.
Babak
XII:
Awang
melaporkan bahawa banyak anggota pasukan mereka gugur (terbunuh), manakala kubu
Manggalela sukar dipertahankan. Pada mulanya Pangeran enggan mengaku kalah,
tetapi Awang membayangkan risiko lebih buruk, iaitu mereka semua terkorban
tanpa warisan (keturunan). Mereka telah berperang hampir empat bulan. Gabenor
Inggeris menawarkan damai dan rundingan. Akhirnya, Pangeran sudah tiada pilihan
melainkan keluar dari kubu Manggalela untuk menyerah diri, tetapi bertegas
bahawa semangat untuk membebaskan tanah air bertambah kental...
Perbincangan
Komsas
Perwatakan: cinta negara (patriotik), tegas, berwibawa,
bijaksana (Pangeran); patuh (Awang);
pembelot / pengkhianat (Jahul); angkuh (pegawai Inggeris)
Latar
masyarakat: Masyarakat yang cintakan
negara / bersemangat patrotik
: Masyarakat yang tegas
: Masyarakat yang berwibawa
: Masyarakat yang bijaksana / cekap merancang
(strategi)
: Masyarakat yang patuh / setia / taat
: Masyarakat yang belot / khianat / derhaka /
tidak setia
: Masyarakat yang angkuh / bongkak / ego
/sombong / keras hati
Nilai
murni: cinta kepada negara, ketegasan,
kewibawaan, kebijaksanaan / kecekapan, kepatuhan / kesetiaan / ketaatan
Persoalan: Kecintaan terhadap negara sepenuhnya /
tidak berbelah bahagi
: Ketegasan dalam pendirian / perjuangan /
menghadapi (tipu helah) musuh
: Kewibawaan sebagai pemimpin / dalam memimpin
(orang bawahan) / memberi arahan / perintah
: Kebijaksanaan / kecekapan dalam merancang /
merencanakan strategi / tindakan
: Kepatuhan / kesetiaan / ketaatan kepada
pemimpin / perjuangan / misi pasukan
: Pembelotan / pengkhianatan / penderhakaan /
ketidaksetiaan kepada negara / tanah air / bangsa / pertiwi / nusa
: Keangkuhan / kebongkakan / keegoan /
kekerasan hati pihak musuh / kaum penjajah
Pengajaran: Kita hendaklah cinta terhadap negara
sepenuhnya / tidak berbelah bahagi
: Kita hendaklah tegas dalam pendirian / perjuangan /
menghadapi (tipu helah) musuh
: Kita hendaklah mempamerkan wibawa sebagai
pemimpin / dalam memimpin (orang bawahan) / memberi arahan / perintah
: Kita hendaklah bijaksana / cekap dalam
merancang / merencanakan strategi / tindakan
: Kita hendaklah patuh / setia / taat kepada
pemimpin / perjuangan / misi pasukan
Perbincangan
kbkk (punca, faedah, akibat, cara)
Orang
yang tamak sanggup menjadi pembelot / pengkhianat / penderhaka / api dalam
sekam / gunting dalam lipatan / musuh dalam selimut / talam dua muka / ejen
asing / pengintip upahan bagi memusnahkan anah air sendiri. Mereka sangat
selesa berdampingan dengan pihak musuh unruk memperoleh habuan kebendaan. Golongan
seperti itu mungkin dapat dikenal pasti secara jelas (watak Jahul = jahil?) dan
secara sembunyi dengan menyelinap masuk dalam pasukan keselamatan, atau
menggunakan kepakaran teknologi maklumat untuk menjual data atau maklumat
keselamatan negara. Demikian punca yang dikenal pasti.
Cara
mengatasi ialah mendidik generasi muda (di sekolah) tentang setia negara, serta
memberi pendedahan yang mencukupi tentang bahana / bahaya perbuatan itu. Kalau
sudah terlanjur, individu atau kumpulan yang dikenal pasti dan disahkan sebagai
pengkhianat, hukuman paling berat perlu dikenakan. Pasukan risikan juga mesti
terlatih dalam menghadapi golongan licik itu. Teknologi bagi memintas
penghantaran data mesti dimajukan (dalam konteks zaman dahulu, perangkap mesti
dipasang untuk memberkas Jahul)...
No comments:
Post a Comment