Genre
sastera: Puisi Tradisional (pantun berkait)
Bilangan Rangkap: 8
Penyelenggara: (Prof.) Rahman Shaari dan Mohd Pozi Hj. Masurori
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 7 - 8
Pengenalan
Bilangan Rangkap: 8
Penyelenggara: (Prof.) Rahman Shaari dan Mohd Pozi Hj. Masurori
Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 7 - 8
Pengenalan
Pantun berkait
membawa maksud bahawa baris kedua (pembayang) dan keempat (maksud) dalam setiap
rangkap akan diulang semula sebagai baris pertama (pembayang) dan ketiga
(maksud) bagi rangkap yang berikutnya. Maka, hanya baris pertama dan ketiga
dalam rangkap pertama, serta baris kedua dan keempat rangkap terakhir yang
tidak berulang. Proses mengarang pantun berkait memerlukan ketelitian supaya
kesinambungan pembayang dan maksud yang disampaikan tampak lancar.
Perbincangan Rangkap
Demi Rangkap
Perahu layar mudik ke pangkalan,
Sampai di pangkalan, memunggah
barang;
Wahai rakan, handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang.
Pemuisi menyeru
sekalian kenalan, kawan dan sahabat supaya bingkas bangun melakukan sesuatu
yang bermanfaat.
Sampai di pangkalan memunggah
barang,
Barang habis dibawa ke rumah;
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan
malas.
Bagi menjayakan
sesuatu pekerjaan, seseorang itu mesti menjauhi sikap sambil lewa dan malas
yang menggambarkan tiada kesungguhan / tidak serius.
Barang habis dibawa ke rumah,
Tiada satu tinggal di perahu;
Hapuskan semangat culas dan malas,
Semua kerja mestilah tahu.
Setelah sikap culas
dan malas dijauhi, seseorang itu harus tahu melakukan segala kerja yang
diamanahkan. Maksudnya, telah membuat persediaan atau belajar terlebih dahulu.
Tiada satu tinggal di perahu,
Tidaklah bimbang barangkan
hilang;
Semua kerja mestilah tahu,
Bajak, cangkul, tebas, dan
tebang.
Segala pekerjaan yang
dilakukan hendaklah sempurna dari awal hingga akhir. Pendek kata, semua kerja
dapat dibereskan.
Tidaklah bimbang barangkan
hilang,
Semuanya ada dalam selamat;
Bajak, cangkul, tebas, dan tebang'
Semuanya dikerja dengan cermat.
Segala kerja
dilakukan dengan cermat (teliti). Tiada kecuaian berlaku. Dalam bahasa pejabat,
kerja dilaksanakan menepati spesifikasi / kehendak / kualiti / piawai yang
ditetapkan.
Semuanya ada dalam selamat,
Boleh disimpan turun-temurun;
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah
gerun.
Sikap cermat dalam
pekerjaan membolehkan apa-apa jua kerja dapat dilaksanakan tanpa banyak soal.
Kerja yang bersifat berat dapat ditangani dengan sikap yakin. Tiada sifat
mengalah, menarik diri atau pesimis (seperti si corot yang banyak alasan dan
fobia).
Boleh disimpan turun-temurun,
Itulah tanda barang yang
berharga;
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.
Apabila yakin mampu
melaksanakan segala kerja, seseorang itu akan berasa lega / lapang / puas hati
/ gembira / seronok setelah kerja itu sempurna.
Itulah tanda barang yang
berharga,
Payah dicari susah mendapat;
Semuanya siap hati pun lega,
Tiadalah tinggal terbuang
penat.
Kerja yang berjaya
disempurnakan bererti segala penah lelah yang dialami berbaloi, terbayar dan
terubat. Kepuasan diri kerana dapat melaksanakan kerja dengan sempurna ialah
ganjaran tertinggi bagi seseorang yang bekerja dengan bersungguh-sungguh,
cekap, cermat dan penuh keyakinan.
Las Vegas, NV Casino - MapYRO
ReplyDeleteCasino 광주 출장안마 Las Vegas is a 7-minute drive from Las Vegas International Airport and 여수 출장샵 11 minutes 의왕 출장샵 from Aliante. It provides a casino, poker 화성 출장샵 room, and 제주도 출장샵 hotel