Genre
sastera: puisi tradisional
Bilangan
rangkap: 8
Penyair
asal: Raja Ali Haji
Penyelenggara: Abu Hassan Sham
Sumber
ambilan: Antologi Harga sebuah Lukisan,
muka surat 13 - 14
Pengenalan
Merujuk
antologi (muka surat 4), syair berkenaan mengisahkan kesedihan Daing Celak
setelah kedua-dua abangnya, iaitu Daing Parani dan Daing Merewah meninggal
dunia. Penyair cuba menyelitkan mesej tentang ajal yang pasti akan menjemput
manusia tanpa mengira darjat dan usia kerana demikian ketetapan Ilahi. Li-Attar
Ghib mungkin bermaksud haruman atau wangian yang hilang, kerana versi asal
tulisan jawi tidak dipaparkan.
Perbincangan
rangkap demi rangkap
Walau sayangnya akan saudara,
Sebab bersama-sama mengembara,
Tiada pernah muafakatnya cedera,
Segala pekerjaan segala perkara.
Kasih
sayang tiga beradik, iaitu Daing Celak, Daing Parani dan Daing Merewah sentiasa
utuh. Mereka sentiasa mengembara bersama. Mereka sentiasa berpakat dalam setiap
urusan tanpa gagal.
Dengan kehendak Tuhan yang mulia,
Dua orang saudara meninggalkan dunia,
Hendak disusahkan tiada berdaya,
Kerana perbuatan Tuhan yang tersedia.
Takdir
menentukan bahawa dua abang, iaitu Daing Parani dan Daing Merewah meninggal
dunia, lalu tinggallah Daing Celak seorang diri. Daing Celak hanya mampu pasrah
(berserah, reda) justeru demikian ketentuan Ilahi.
Melainkan hamba berbanyak sabar,
Akan perintah Wahid al-Khahar,
Ialah Tuhan bersifat Jabbar,
Akan hambanya kecil dan besar.
Sebagai
hamba Allah, manusia perlu bersabar kerana itulah perintah Tuhan Yang Maha Esa
Lagi Perkasa, serta bersifat menguasai segala makhluk ciptaan-Nya.
Kita pun kelak demikian itu,
Meninggalkan dunia juga yang tentu,
Tidak memilih raja dan ratu,
Semuanya itu pergi ke situ.
Semua
manusia akan mengalami nasib yang serupa, iaitu akan mati. Tidak kira
kedudukan, setiap manusia akan menuju kematian belaka.
Hendaklah kita tunduk terngadah,
Lihat kepada datuk nenek yang
sudah-sudah,
Adil dan insaf jua berfaedah,
Menaikkan kita pangkat saadah.
Kita
hendaklah sentiasa insaf dan mengambil ingatan terhadap kesudahan hidup
generasi datuk nenek yang meninggalkan dunia yang sementara (pinjaman) ini
supaya kita mengecapi kebahagiaan, iaitu suatu tahap kemuliaan dan
kesejahteraan yang kita idamkan.
Rakyat seluruhnya hendaklah dipelihara,
Kesenangan hidupnya dikira-kira,
Istimewa pula sanak saudara,
Jangan sekali diberi cedera.
Para
pemimpin hendaklah memastikan bahawa rakyat jelata menikmati kehidupan yang
selesa. Keluarga terdekat juga hendaklah dijaga dan dibela supaya mereka tidak
hidup sengsara.
Ilmu yang benar hendaklah dimulia,
Kerana ilmu mulia anbia,
Tuntut ilmu jangan sia-sia,
Yang lain itu tinggal di dunia.
Manusia
hendaklah memuliakan ilmu yang hak kerana ilmu yang mengangkat kedudukan para
nabi (anbia). Ilmu hendaklah dipelajari dengan bersungguh-sungguh kerana ilmu
(yang bermanfaat) menjadi bekalan akhirat sedangkan (kekayaan) yang lain akan
ditinggalkan.
Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan,
Serta pandang amat-amatkan,
Kematian datuk nenek teladankan,
Kita sepertinya akan didatangkan.
Penyair
menggesa khalayak (pembaca) supaya berfikir dalam-dalam, membuat pemerhatian
dan pengamatan tentang kesudahan datuk nenek yang sudah tiada lagi. Semua
manusia (kita) akan mengalami kesudahan yang sama.
Tema: Hakikat tentang kematian
Nilai
murni: kasih sayang
: permuafakatan
: kesabaran / ketabahan
: keinsafan
:
kepekaan / keprihatinan
: kecekalan / kegigihan / kerajinan /
kesungguhan
Persoalan: kasih sayang sesama keluarga
: permuafakatan / kerjasama dalam pekerjaan /
usaha / urusan / tugas
:
kesabaran / ketabahan dalam menghadapi musibah / cabaran hidup / dugaan
berat / ujian
: keinsafan tentang kesudahan hidup di dunia
: kepekaan / keprihatinan terhadap amanah
kepimpinan
: kecekalan / kegigihan / kerajinan /
kesungguhan dalam pembelajaran / menuntut ilmu
Pengajaran: kita hendaklah mengasihi / menyayangi
keluarga
: kita hendaklah bermuafakat / bekerjasama
dalam sesuatu pekerjaan / usaha / urusan / tugas
: kesabaran / ketabahan dalam menghadapi
musibah / cabaran hidup / dugaan berat / ujian
: kita hendaklah insaf tentang kesudahan hidup
di dunia / kematian
: kita hendaklah peka / prihatin terhadap amanah
kepimpinan
: kita hendaklah cekal / gigih / rajin /
bersungguhsungguh dalam pembelajaran / menuntut ilmu
kbkk: kebaikan mengingati mati
:
kepentingan mempelajari kesudahan generasi terdahulu
:
kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan
:
keperluan muhasabah diri / introspektif / penilaian kendiri
:
tanggungjawab ketua / pemimpin terhadap pengikut / penyokong/ rakyat /
subordinat / orang bawahan
No comments:
Post a Comment