Genre
sastera: Puisi moden
Penulis: Puspa Rani a/p Munusamy
Bilangan
rangkap: 4
Sumber
ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan,
muka surat 24
Pengenalan
Sajak
keenam dan terakhir dalam antologi komsas tingkatan 3 ini menggambarkan sisi
malang warga tua yang terbiar dan tidak dipedulikan. Hakikatnya, bilangan warga
tua yang mampu berdikari dan masih dilayan dengan baik jauh lebih besar
bilangannya. Namun, nasib yang dialami oleh sebahagian warga tua menunjukkan
tahap kepedulian sosial yang rendah, di samping kemungkinan ramai anak derhaka
yang tidak tahu mengenang budi.
Sajak
yang ditulis tidak menyatakan dengan jelas sama ada fenomena warga tua terbiar
itu difokuskan kepada Malaysia sahaja (kecuali baris 3, rangkap 2), atau di
tempat lain. Maka, pembaca boleh membuat andaian umum bahawa masalah warga tua
malang bersifat sejagat. Kepekaan penyajak terhadap kepincangan yang berlaku
harus dapat menginsafkan pembaca muda tingkatan 3 supaya memupuk sikap membalas
jasa dan menjaga harga diri warga tua.
Perbincangan
rangkap demi rangkap
Nampakkan kau
wanita tua di tepi jalan
mukanya comot rambutnya kusut
membawa bersamanya beg usang
berjalan ke sana ke mari
tanpa suatu destinasi.
Penyajak
mengajak pembaca (kau) merenung nasib seorang wanita tua yang dilihatnya di
tepi jalan dalam keadaan fizikal (penampilan diri) yang tidak terurus. Wanita
tua itu menggalas sebuah beg buruk sambil merayau tanpa arah tujuan yang
khusus.
Nampakkah kau
lelaki tua di hujung jalan
kemejanya kotor seluarnya rabak
duduk di sudut tangga
menunggu sisa makanan di restoran
mamak
untuk mengalas perut yang kosong.
Seorang
lelaki tua di hujung jalan pula berpakaian compang-camping kelihatan terjelepuk
kelaparan di sudut sebuah tangga. Dia hanya berharap dapat mengutip sisa
makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan sebuah restoran mamak untuk mengisi
perutnya yang berkeroncong.
Nampakkah kau
darah berlumuran di jalan raya
mayat si tua dibiarkan di situ
dan
di bilik mayat pula
tiada siapa datang menuntutnya.
Di
sebatang jalan raya pula kelihatan darah keluar daripada mayat seorang warga
tua yang terbabit dengan nahas. Mayat si tua tidak dipedulikan. Di hospital,
tiada waris yang muncul.
Nampakkah ia sepertimu
mereka juga dicipta oleh-Nya
tetapi bezanya mereka diabaikan
ditinggalkan
oleh anak-anak jahil yang tidak
berbudi
nampakkah kau?
Penyajak
menggesa pembaca berfikir bahawa warga tua ialah insan yang sama seperti kita,
iaitu sebagai makhluk ciptaan Ilahi. Hanya nasib mereka begitu malang angkara
anak-anak derhaka dan jahil yang tidak tahu mengenang budi dan jasa ibu bapa.
Penyajak mahu pembaca memiliki kesedaran yang sama.
Nilai
murni: kepedulian / kepekaan /
keprihatinan
: mengenang budi / jasa
: kasih sayang
Persoalan: kepedulian / kepekaan / keprihatinan terhadap
nasib warga tua
: mengenang budi / jasa ibu bapa
: kasih sayang sesama masyarakat
Pengajaran: kita hendaklah peduli / peka / prihatin
terhadap nasib warga tua
: kita hendaklah mengenang budi / jasa ibu bapa
: kita hendaklah menyayangi warga tua
kbkk:
menjelang
tahun 2035, Malaysia akan muncul sebagai negara tua, iaitu nisbah penduduk
warga emas yang meningkat dengan mendadak rentetan jangka hayat dan kualiti
hidup yang makin baik.
keperluan
undang-undang mendakwa anak-anak yang didapati sengaja membiarkan ibu bapa
mereka hidup melarat dan sebatang kara.
penubuhan
persatuan warga emas / kelab warga emas / kampus warga emas supaya masyarakat
berusia lanjut menjaga stamina fizikal dan minda yang tajam
kempen
/ pendidikan kesedaran generasi muda tentang keperluan penjagaan warga tua
kaunseling
/ penyelidikan warga emas bagi meawat rasa sepi / takut tentang usia lanjut
No comments:
Post a Comment