Watak
utama: "saya" / Sukma
(pencerita / sudut pandangan orang pertama)
Watak
lain: Ibu Sukma / Puan Delila
: Ayah Sukma / Haji Syaqir
: Pak Rashid / pemandu keluarga Sukma
: Ros / jiran Sukma / inspektor polis
: Rafiq Mustaqeem / rakan sekuliah Sukma /
pemuda kacukan Melayu - Turki
: Teja / rakan baik Sukma
:
Profesor Darul / pensyarah tamadun Islam
Latar
tempat: rumah Sukma
: dewan kuliah
Latar
masa: 6.20 pagi / awal pagi / sesi
kuliah
Ringkasan
bab
Masih
tentang imbas kembali kisah dua minggu lepas. Sukma menunggu detik 6.20 dengan
resah, lalu ditegur oleh ibunya dengan nada sinis. Ibu mempelawa Sukma
berjalan-jalan atau berjumpa kaunselor kerana beranggapan Sukma tertekan. Sukma
hairan dengan sikap ibunya yang berubah setelah berhenti kerja dengan sebuah
syarikat antarabangsa dan disahkan menghidap penyakit darah tinggi. Puan Delila
melayan Sukma dan Haji Syaqir macam anak kecil. Tiba-tiba dua ekor anak kucing
jenis Burman muncul di pintu pagar,tetapi sebaik sahaja Sukma menjenguk,
kedua-duanya ghaib. Haji Syaqir mengajak Sukma menemaninya ke majlis sumbangan
amal Persatuan Kraf Wanita pada sebelah malamnya. Walaupun Sukma tidak senang
kerana sudah pasti Iskandar akan berada di sana, dia harus akur dengan
permintaan ayahnya itu. Seketika kemudian Sukma terserempak dengan Ros yang
keluar bertugas dengan pakaian preman / awam.
Di
dewan kuliah, Rafiq telah pun sedia mengambil tempat di ruang pensyarah.
Profesor Darul kemudian menghidupkan projektor dan meminta Rafiq memulakan
penerangan tajuk "Kemasyarakatan Islam" berdasarkan pengalaman
peribadi ketika belajar di Amerika Syarikat. Profesor Darul mengusik bahawa
Sukma kini telah ada saingan, tetapi Rafiq merendah diri. Dia memberi pendapat
tentang masyarakat Madinah dan membuat perbandingan dengan konsep Islam Hadhari
Pak lah (PM ke-5). Teja mengusik Sukma kerana Rafiq asyik memandang ke arahnya
seolah-olah meminta pengesahan. Namun, Sukma tidak dapat memberi tumpuan
sepenuh hati, justeru dia masih tertanya-tanya tentang tetamu-tetamu yang
muncul di hadapan pagar rumahnya setiap awal pagi berturut-turut.
Perwatakan: prihatin (ibu Sukma), patuh / taat (Sukma),
bijak, berani, merendah diri (Rafiq)
Latar
masyarakat: masyarakat pelajar
universiti, masyarakat yang prihatin, masyarakat yang patuh / taat, masyarakat
yang bijak, masyarakat yang berani, masyarakat yang merendah diri
Nilai
murni: keprihatinan, kepatuhan / ketaatan, kebijaksanaan, keberanian, rendah
diri / tawaduk
Persoalan: keprihatinan seorang ibu tentang anak
gadisnya
: kepatuhan / ketaatan seorang anak terhadap
ibu bapa
: kebijaksanaan dalam berhujah
: keberanian dalam menyampaikan pendapat
: rendah diri / tawaduk ketika menerima pujian
Pengajaran: kita hendaklah prihatin terhadap anggota keluarga
: kita hendaklah patuh / taat terhadap ibu bapa
: kita hendaklah bijaksana dalam berhujah
: kita hendaklah berani dalam menyampaikan
pendapat
: kita hendaklah merendah diri / bersikap
tawaduk ketika menerima pujian
kbkk: peranan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan
diri anak-anak
:
kreativiti dalam aktiviti pembelajaran
No comments:
Post a Comment