Sunday, February 12, 2012

CERPEN "SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA"



Genre:  Prosa Moden
Penulis:  Zainal Rashid Ahmad
Sumber ambilan:  Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 73 - 78

Watak utama:  "kami" (pencerita / sudut pandangan orang pertama)
Watak lain:  Haji Saad Panglima
                :  Haji Salleh Pumpong
                :  Bidan Mak Besah
                :  Hajah Tom (guru Quran)

Latar tempat: kampung

Ringkasan cerpen

Akibat kemiskinan, penduduk kampung harus berikhtiar menemukan ramuan herba sebagai penawar penyakit. Peluang berjumpa doktor seperti berjumpa raja. Petua tentang bacaan doa dan jampi serapah juga diamalkan agar bahan rawatan tradisional itu mujarab. Segala sumber alam seperti daun, rumput, ubi, pucuk dan minyak diguankan untuk proses penyembuhan.

Hajah Tom yang tinggal bersendirian sejak kematian suaminya Sarjan Omar yang ditembak oleh komunis. Banyak petua hafalan surah al-Quran diturunkan kepada "kami" untuk bacaan sebelum tidur, atau bagi menghadapi gangguan binatang (anjing). Ketika mengajar al-Quran, jika Hajah Tom mendapati ada murid yang lesu (kerana kelaparan), dia segera menanak nasi. Hajah Tom hanya meminta kami membantunya dalam kerja ringan seperti mengupas kelapa atau membelah kayu api. Dia membahagikan tombong kelapa secara adil sambil memberi nasihat.

Surau kampung dijaga oleh Haji Salleh Pumpong yang juga bertindak sebagai imam. Surau sentiasa dibersihkan dan "kami selalu membantu. "Kami" juga berebut-rebut untuk azan. Suatu hari, selepas musim air pasang, Haji Salleh Pumpong meminta "kami" datang membasuh segala kotoran. Pintalan empulur sabut menjadi ganti berus dan sabun. Hajah Tom datang menjamu nasi berlaukkan cencaru belah belakang. Hajah Tom mencadangkan supaya "kami" diajar solat jenazah. Tiga bulan berselang, "kami" menyertai solat jenazah untuk hajah Tom dan menyusul tidak lama untuk jenazah Haji Salleh Pumpong.

Tema:  Hubungan erat orang tua kampung dengan kanak-kanak, serta petua rawatan tradisional.

Perwatakan:  baik hati, pemurah, penyayang, menghormati orang tua, memuliakan kanak-kanak, rajin, kreatif, peramah, prihatin

Nilai murni:  murah hati, kasih sayang, hormat-menghormati, kerajinan, kreativiti, keramahan / kemesraan, keprihatinan / kepekaan, tidak mudah putus asa

Persoalan:  Kasih sayang antara generasi / terhadap kanak-kanak / orang tua
              :   Hormati-menghormati dalam kalangan masyarakat kampung
              :   Kerajinan dalam kerja kesukarelaan / kebajikan masyarakat
              :   Kreativiti dalam menggunakan sumber alam yang murah
              :   Keramahan / kemesraan dalam komunikasi
              :   Keprihatinan / kepekaan terhadap maslah kanak-kanak miskin
              :   Khasiat herba sebagai ikhtiar rawatan tradisional

Pengajaran:   Kita hendaklah menyayangi kanak-kanak / orang tua
                 :   Kita hendaklah menghormati sesama anggota masyarakat
                 :   Kita hendaklah rajin dalam kerja kesukarelaan / kebajikan masyarakat
                 :   Kita hendaklah kreatif dalam menggunakan sumber alam yang murah
                 :   Kita hendaklah ramah / mesra dalam komunikasi
                 :   Kita hendaklah prihatin / peka terhadap maslah kanak-kanak miskin
                 :   Kita hendaklah berikhtiar / mencari jalan menyembuhkan penyakit


kbkk:  sikap keakuan / individualistik dalam kalangan masyarakat moden
        :  hubungan kejiranan yang renggang akibat kesibukan mennacri rezeki
        :  jati diri yang kian pudar

No comments:

Post a Comment