Pendahuluan
Untuk
kajian sastera tulen, pembelajaran gaya bahasa memang sangat diberi penekanan.
Namun, bagi murid tingkatan 1 hingga 5 yang belajar komponen sastera (komsas),
gaya bahasa yang dipelajari tidaklah terlalu mendalam. Calon PMR biasanya diuji
dengan beberapa analisis gaya bahasa yang bersifat asas sahaja, manakala untuk
calon SPM kebiasaannya tiada soalan yang khusus tentang gaya bahasa, melainkan
calon sendiri menulisnya untuk analisis kbkk.
Beberapa
istilah gaya bahasa yang asas
aliterasi: pengulangan huruf konsonan dalam baris puisi
atau prosa
anafora: pengulangan kata di awal baris secara
berturutan
asonansi: pengulangan bunyi vokal (a, e, i, o, u)
asosiasi
/ simile: unsur perbandingan / persamaan
(perkataan: bagai, laksana, seperti,
umpama)
diksi: pilihan kata
eksposisi: bahagian permulaan / pengenalan dalam susunan
plot
epifora: pengulangan kata pada akhir baris
genre: bidang, cabang, jenis karya sastera / seni
hiperbola: kiasan / perbandingan secara berlebih-lebihan
imbas
kembali: kejadian / peristiwa yang
digambarkan semula (dalam penceritaan / ingatan / kenangan)
imbas
muka: bayangan / gambaran yang
dimasukkan supaya pembaca dalam membuat jangkaan / ramalan tentang perkembangan
plot
improvisasi: penceritaan spontan / serta-merta tanpa
perancangan / skrip yang disediakan lebih awal
inversi: susunan kata yang menyimpang daripada
kebiasaan
katarsis: kelegaan perasaan / emosi daripada ketegangan
dan pergolakan batin
katastrofa: babak akhir cerita yang membawa celaka /
tragedi kepada watak utama
kejutan: perubahan susunan cerita secara mendadak / di
luar jangkaan pembaca
klimaks: bahagian paling cemas /hebat / genting / krtitkal / puncak sesuatu
cerita / konflik terakhir dalam susunan plot
klise: ungkapan yang sudah terlalu kerap digunakan
hingga tidak lagi istimewa, tidak berkesan dan tidak digemari.
konflik: perselisihan / pertentangan antara watak /
pihak / kuasa dalam cerita. Misalnya, konflik dengan diri sendiri (dalaman)
atau alam.
kontradiksi: pernyataan asal / pertama disangkal oleh
penyataan berikutnya / kedua. Contohnya: suasana begitu bising, tetapi dia
sepi.
kuatren: sajak 4 baris serangkap.
kuintain: puisi 5 baris serangkap.
kuplet: sajak 2 baris serangkap, dan rima akhirnya
sama.
legenda: Kisah tokoh yang bercampur aduk antara fakta
sejarah dengan mitos.
mantik: cara berfikir berdasarkan logik akal
semata-mata.
metafora: kiasan / perbandingan; penggunaan kata yang
menyimpang daripada maksud asal / tersurat
mitos: sastera lisan yang disampaikan dengan watak
dan peristiwa yang bertentangan dengan akal biasa
monolog: kata hati / pengucapan batin seseorang watak
/ hanya seorang watak yang bercakap
oktaf: puisi 8 baris bagi satu rangkap
pantomim: lakonan tanpa dialog; hanya bergantung kepada
gerak dan mimik muka
paradoks: perkataan yang saling bertentangan,
contoh: dia kuat makan , tetapi tetap
kuurus melidi
parafrasa: gaya bahasa penghuraian: contohnya "sang suria mula tenggelam di
ufuk barat" bagi menjelaskan "senja".
peleraian: akhir / kesudahan / penyelesaian sesebuah
cerita / karya sastera
pemerian: cerita yang dismapiakan secara langsung
penyelesaian: penamatan / penghentian konflik
personafikasi: unsur perorangan / memberi sifat manusia
kepada flora dan fauna
picisan: (karya) bermutu rendah
plot: alur / rentetan / susunan peristiwa
protagonis: watak utama / watak dasar / watak pusat dalam
sesuatu karya
responsi: perulangan pada bahagian tengah ayat
retorik: bahasa kiasan yang menyimpang daripada
kebiasaan, berbunga-bunga serta kelainan yang disengajakan.
satira: mesej sindiran menerusi watak bukan manusia
septet: puisi 7 baris
simile: kiasan / perbandingan
sinkope
/ sinkof: kata yang dilemahkan /
dipendekkan / disingkatkan (dah, nak, tak)
soneta: puisi 14 baris
stanza
/ untai / bait: sejumlah baris yang
membina kesatuan makna
utopia: impian yang serba sempurna
Rujukan
Lanjut
Ab.
Rahmad Ab. Rashid, et al (2000). Kamus Sastera Melayu Terkini. Petaling Jaya:
Longman
Kamus
Dewan edisi keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
DAPATAN:
CIKGU AZHAR ROZDI
No comments:
Post a Comment